TIGA ATLET KRIKET WANITA TUDM SUMBANG PINGAT GANGSA PADA TEMASYA SUKAN SEA KE-33 THAILAND

WhatsApp Image 2025 12 16 at 15.18.05 WhatsApp Image 2025 12 16 at 15.18.05 1 WhatsApp Image 2025 12 16 at 15.18.06

 

KUALA LUMPUR – Tentera Udara Diraja Malaysia sekali lagi mencatatkan kebanggaan apabila tiga (3) atlet kriket wanita TUDM telah terlibat secara langsung dalam kejayaan skuad kriket wanita kebangsaan yang berjaya meraih Pingat Gangsa kategori T10i pada Temasya Sukan SEA Ke-33, Thailand.

Tiga anggota TUDM yang terlibat ialah:
F/Sjn Wan Julia bte Wan Mohd Rosli, No. 16 Skuadron;
Koperal Udara (W) Aina Najwa binti Abd Rahman, MPOU;
Koperal Udara (W) Mahirah Izzati binti Ismail, INSMAT.

Pasukan kriket wanita negara menamatkan kempen Sukan SEA dengan penuh bergaya apabila berjaya menewaskan Myanmar dengan kemenangan selesa 27 larian dalam perlawanan penentuan pingat gangsa yang berlangsung di Padang Kriket TerdThai, pada Jumaat.

Pencapaian ini menyaksikan Malaysia berjaya meraih pingat gangsa kategori T10i, sekali gus menyamai rekod pencapaian pada Temasya Sukan SEA 2023. Kejayaan ini mencerminkan konsistensi prestasi pasukan kriket wanita negara serta keupayaan atlet dalam menghadapi persaingan peringkat serantau.

Penglibatan dan sumbangan ketiga-tiga anggota TUDM ini membuktikan tahap profesionalisme, disiplin serta semangat juang tinggi yang menjadi teras kepada warga TUDM. Kejayaan ini turut memperlihatkan peranan TUDM dalam menyokong pembangunan atlet wanita berprestasi tinggi yang mampu mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa.

TUDM merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada F/Sjn Wan Julia, Kpl U (W) Aina Najwa dan Kpl U (W) Mahirah Izzati atas kejayaan cemerlang ini serta berharap pencapaian tersebut menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga TUDM dan atlet wanita negara.
Syabas dan tahniah diucapkan atas kejayaan membanggakan ini.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN