TAKLIMAT ORGANISASI DAN PENGOPERASIAN TUDM KEPADA YB MENTERI PERTAHANAN

1 2 3
5 6 7

 

KUALA LUMPUR, 11 Jan 24 – Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Dato’ Seri Mohamed Khaled bin Nordin telah melaksanakan lawatan ulung beliau ke Markas Tentera Udara bagi mendengar taklimat berkenaan organisasi dan pengoperasian Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Ketibaan YB Menteri Pertahanan telah disambut oleh Panglima Tentera Udara (PTU), Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM dan Timbalan Panglima Tentera Udara (TPTU), Lt Jen Datuk Seri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM.

Acara lawatan telah dimulakan dengan menandatangani buku lawatan. Kemudiannya, diteruskan dengan PTU memperkenalkan Pegawai Kanan TUDM kepada YB Menteri Pertahanan dan sesi taklimat di Bilik Mesyuarat PTU.

Turut serta semasa sesi taklimat ini ialah Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM; Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Masro bin Kaliwon TUDM; Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM; Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Wan Amin Hafiz bin Wan Mahmud TUDM serta Pegawai-Pegawai Kanan TUDM yang lain.