SESI PERJUMPAAN PIMPINAN TERTINGGI TUDM BERSAMA TIM ST-18 CAWANG KEJURUTERAAN PANGKALAN UDARA SUBANG

IMG 20200707 WA0035 IMG 20200707 WA0030 IMG 20200707 WA0024
IMG 20200707 WA0025 IMG 20200707 WA0037 IMG 20200707 WA0032
IMG 20200707 WA0040 IMG 20200707 WA0022 IMG 20200707 WA0028

SUBANG, 7 Jul 2020 - Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM beserta pimpinan tertinggi TUDM hari ini mengadakan sesi perjumpaan bersama jurutera dan juruteknik Tim Rawatan “Structural Inspection” ST-18 pesawat C130H bertempat di Hangar Cawang Kejuruteraan, Pangkalan Udara Subang (PU Subang).

Panglima Tentera Udara yang turut diiringi Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM; Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato’ Muhamad Norazlan bin Aris TUDM dan AKS Kejuruteraan, Mej Jen Dato’ Dr. Md Zaki bin Md Zain TUDM meluangkan masa selama 1 jam di sesi perjumpaan ini bagi memantau kelancaran kerja-kerja pelaksanaan rawatan senggaraan di samping mengambil perhatian ke atas kekangan-kekangan semasa yang dihadapi oleh Tim ST-18.

Sepertimana yang dinyatakan oleh Panglima Tentera Udara semasa Perutusan Ulung Panglima Tentera Udara dan Perutusan Khas Hari Ulang Tahun TUDM Ke-62, TUDM kini dalam proses melestarikan keupayaan senggaraan secara berperingkat sehingga TUDM dapat memperoleh kembali keupayaan senggaraan “preventive” sehingga ke tahap “second line” atau “intermediate level maintenance”. Pada masa yang sama, TUDM juga mula berusaha untuk membina semula keupayaan senggaraan pembetulan (corrective maintenance). Kaedah ini akan memberi peluang untuk menilai semula keberkesanan polisi senggaraan dan membuat penambahbaikan serta perubahan yang sewajarnya tanpa menjejaskan pihak industri pertahanan mahupun TUDM.