PUTRAJAYA, 29 Dis 2020 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM yang mewakili Panglima Tentera Udara telah hadir ke Majlis Serah Terima Tugas Presiden Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) di antara Lt Jen Dato’ Hj Md Yusof bin Aziz dengan Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Syed Zahrul Petra bin Syed Abdullah.
Majlis yang diadakan di PUSPAHANAS, Putrajaya ini telah disaksikan oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose bin Mohd Zain.
Tahniah diucapkan kepada Laksamana Madya Dato’ Pahlawan Syed Zahrul Petra bin Syed Abdullah atas pelantikan sebagai Presiden PUSPAHANAS yang baharu dan terima kasih kepada Lt Jen Dato’ Hj Md Yusof bin Aziz atas sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang menjawat jawatan tersebut.