SUBANG, 3 Jun 22 – Majlis Serah Terima Tugas Ketua Staf Markas Pemerintahan Bantuan Udara (MPBU) di antara Brig Jen Mohamad Fakhri bin Yahya TUDM dengan Brig Jen Muhd Aznor bin Hj Md Ghazali TUDM telah disaksikan oleh Panglima Bantuan Udara, Brig Jen Masro bin Kaliwon TUDM di Padang Kawad Markas hari ini.
Turut dilaksanakan di majlis yang sama ialah penyerahan tugas di antara Brig Jen Mohamad Fakhri bin Yahya TUDM dengan Kol Sharani bin Kamaruddin TUDM sebagai Ketua Staf Khidmat MPBU yang baharu serta upacara Pemakaian Pangkat kepada 14 anggota Lain-Lain Pangkat.
Brig Jen Mohamad Fakhri bin Yahya TUDM akan bertukar keluar dan menjawat jawatan sebagai Pengarah Material. Warga Markas Pemerintahan Bantuan Udara turut mengucapkan terima kasih di atas sumbangan sepanjang di dalam perkhidmatan beliau di markas ini dan mendoakan kejayaan beliau serta selamat bertugas kepada KS MPBU dan KS Khidmat MPBU yang baharu serta tahniah kepada anggota yang telah dinaikan pangkat.