SEMINAR PEGAWAI KEJURUTERAAN TUDM SIRI 2/21 SECARA NORMA BAHARU

219899299 4289825971105016 6847248586412136948 n 226416706 4289826177771662 705030861941401654 n 225760296 4289826237771656 7674635474765985085 n
220396964 4289826784438268 928126589406747105 n 222124623 4289826684438278 9138253939473412173 n 234194365 4289826337771646 9083324478416505729 n

 

KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2021 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menyempurnakan penutup Seminar Pegawai Kejuruteraan TUDM Siri 2/21 yang dianjurkan secara maya oleh MTU-Kejuruteraan di Markas Tentera Udara.

Seminar dua hari yang berlangsung melalui Video Conference pada 5 Ogos dan 6 Ogos 21 telah dihadiri oleh Pegawai Kanan Kejuruteraan TUDM dari seluruh Malaysia. Seminar ini membincangkan berkenaan isu yang melibatkan Bahagian Kejuruteraan khususnya dan TUDM amnya. Kesemua peserta yang terlibat telah memberikan komitmen dan kerjasama yang baik sepanjang seminar berlangsung manakala sesi soal jawab selepas pembentangan juga mendapat sambutan yang menggalakkan.

Sebelum itu, pembukaan seminar pada 5 Ogos 21 telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM.

Dengan penganjuran seminar ini, ia dapat menjadi satu platform untuk memacu Bahagian Kejuruteraan agar seiring dengan transformasi TUDM ke arah RMAF Capability Development Plan 2055 (CAP 55).