SEMINAR HELIKOPTER TUDM TAHUN 2020 FOKUSKAN PEMBANGUNAN ANAK KAPAL DAN KESIAGAAN PENGOPERASIAN ASET

WhatsApp Image 2020 10 08 at 114214 WhatsApp Image 2020 10 08 at 114215 1 WhatsApp Image 2020 10 08 at 114215
WhatsApp Image 2020 10 08 at 114216 1 WhatsApp Image 2020 10 08 at 114216 WhatsApp Image 2020 10 08 at 114217

 

NEGERI SEMBILAN, 7 Oktober 2020 - Seminar Helikopter TUDM Tahun 2020 yang bertemakan ‘Towards Development of Helicopter Fleet’ telah diadakan di Hotel Lexis, Port Dickson. Perasmian pembukaan seminar telah disempurnakan oleh Mej Jen Mohd Shahada bin Ismail TUDM, selaku Tred Master helikopter.

Seminar ini merupakan acara tahunan yang melibatkan anak kapal helikopter TUDM daripada skuadron-skuadron penerbangan dan pegawai-pegawai staf. Intipati seminar pada kali ini membincangkan tentang pembangunan anak kapal dari segi peranan dan tanggungjawab bagi memastikan pengoperasian dan tahap kesiagaan fleet helikopter sentiasa berada dalam keadaan yang terbaik seiring dengan perancangan Pelan Pembangunan Keupayaan atau CAP 55 TUDM.

Seminar kali ini diserikan dengan kehadiran YBhg Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM yang sudi meluangkan masa bersama semua peserta seminar dalam dialog bertemakan ‘Elevating sense of belonging in RMAF’. Dalam dialog tersebut, YBhg Timbalan Panglima Tentera Udara menekankan kepada semua peserta agar sentiasa mengaplikasikan "core value" dalam tugasan harian serta sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi kerja di dalam perkhidmatan.

Seminar ini diharapkan dapat menghasilkan keputusan yang terbaik di dalam usaha memperkasakan fleet helikopter khususnya seiring dengan misi dan visi TUDM.