SEMINAR FIXED WING AIR MOBILITY AND MARITIME FORCE (FWAMMF) 2025

3 1 2

 

Seminar Fixed Wing Air Mobility and Maritime Force (FWAMMF) 2025 telah berakhir selepas berlangsung selama tiga hari di Bahang Bay Hotel, Pulau Pinang. Seminar ini dipengerusikan oleh Ketua Staf MPPLU, Brig Jen Norazman bin Ismail TUDM.

Majlis pembukaan telah dirasmikan oleh Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM manakala penutup disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM.

Seminar ini berfungsi sebagai platform strategik dalam memperkukuh kesiapsiagaan operasi serta meningkatkan keupayaan krew pesawat angkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk mendepani cabaran peperangan moden. Perbincangan turut merangkumi aspek taktikal, operasional dan strategik, meliputi teknologi, latihan serta penyelarasan strategi sejajar dengan pelan pembangunan jangka panjang TUDM, CAP55.

Penganjuran seminar ini menegaskan komitmen TUDM untuk memperkukuh profesionalisme serta kebolehoperasian warga udara, selaras dengan visi Angkatan Udara Berspektrum Penuh. Integrasi teknologi baharu, latihan berterusan dan strategi operasi yang mampan akan terus menjadi teras kepada kesiapsiagaan pesawat angkut TUDM pada masa hadapan.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN