SELAMAT DATANG 'PUTRA' BAHARU KENYALANG

1 2 3
4 5 6

 

SUBANG, 17 Mei 22 – "PUTRA" nama pesawat TUDM yang baharu melalui proses perpindahan pesawat yang merupakan salah satu perancangan yang terdapat dalam Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (RMAF Capability Development Plan 2055) atau lebih dikenali sebagai “CAP 55”. Penganugerahan nama tersebut diuar-uarkan dalam simbolik gimik penyerahan pesawat tersebut dalam Majlis Serah Terima Pesawat CN235-220M VIP (M44-08) yang dilaksanakan pada 17 Mei 22 oleh No 1 Skuadron kepada No 2 Skuadron. Pesawat tersebut sebelum ini beroperasi di bawah naungan No 1 Skuadron selaku pesawat VIP. Nama Panggilan (Callsign) PUTRA adalah hasil cetusan idea Komander Pangkalan Udara Subang kepada pesawat selepas sesi tandatangan serah terima pesawat tersebut yang sebelum ini menggunakan callsign CEKAL.

Majlis bersejarah ini telah dimulakan dengan menyaksikan ketibaan pesawat CN235-220M VIP (M44-08) di Hangar B serta disambut dengan tradisi "water salute". Majlis diteruskan dengan sesi menandatangani plak serah terima pesawat di antara Pegawai Memerintah No 2 Skuadron, Leftenan Kolonel Hassan Basri bin Tajul Arifin TUDM dengan Pegawai Memerintah No 1 Skuadron, Leftenan Kolonel Syed Faisal bin Syed Abdul Kadir TUDM yang disaksikan oleh Komander, Pangkalan Udara Subang, Brigedier Jeneral Omar bin Hj Dawami TUDM dan Komander Pangkalan Udara Kuching, Kolonel Mohd Jafri bin Suboh TUDM.

Dengan perpindahan pesawat ini, No 2 Skuadron bertanggungjawab mengoperasikan pesawat berkenaan sebagaimana Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 serta seiring dengan moto Skuadron "Kami Sampaikan".

#SentiasaDiAngkasaRaya
#PelanPembangunanKeupayaanTUDM
#CAP55
#theexecutive
#vvipsquadron
#cemerlangbersama