SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN TAHUN 2025 MEMBAWA TEMA “MALAYSIA MADANI: RAKYAT DISANTUNI”

1 2 4
6 35 38
41 42 61

 

PUTRAJAYA, 31 Ogos 2025 - Hari Kebangsaan 2025 diraikan dengan penuh semangat apabila Dataran Putrajaya dipenuhi dengan rakyat yang hadir bagi menghayati detik bersejarah ini. Tahun ini, tema “Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni” menjadi lambang keutamaan negara untuk terus memelihara kebajikan rakyat, mengangkat nilai kasih sayang, keadilan dan kesejahteraan bersama.

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhun Sultan Iskandar dan Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah berkenan mencemar duli berangkat ke sambutan tersebut. Pucuk pimpinan TUDM yang turut hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM dan isteri; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM dan isteri; Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato’ Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM dan isteri serta pegawai-pegawai kanan TUDM dan anggota LLP dari Lembah Klang.

Sambutan Hari Kebangsaan 2025 pada tahun ini turut menjadi detik bersejarah kepada TUDM dengan menyaksikan Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM terlibat secara langsung dalam segmen persembahan udara dengan menerbangkan pesawat pejuang Su-30MKM mengetuai segmen persembahan udara melibatkan 30 aset udara. Penyertaan istimewa ini bukan sahaja memperlihatkan keupayaan TUDM, malah menjadi simbol keberanian dan semangat juang seorang pemimpin untuk bersama perwiranya.

Sambutan tahun ini juga menjadi bukti bahawa semangat patriotik rakyat Malaysia tidak pernah luntur. Di bawah kibaran Jalur Gemilang, kita disatukan oleh perjuangan dan pengorbanan generasi terdahulu yang telah membuka jalan kepada kemerdekaan. Tugas kita hari ini adalah untuk mengekalkan keamanan, memperkukuh perpaduan dan terus melangkah maju menuju kejayaan yang lebih gemilang.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN