“RMAF TOOLS DOWN DAY” TAHUN 2022 BERTEMAKAN "HEALTHY AIR FORCE, SAFE AIR FORCE" MENITIKBERATKAN PENGAMALAN BUDAYA KESELAMATAN DAN KESIHATAN

WhatsApp Image 2022 10 31 at 141418 WhatsApp Image 2022 10 31 at 141437 WhatsApp Image 2022 10 31 at 141441 1
WhatsApp Image 2022 10 31 at 141445 WhatsApp Image 2022 10 31 at 141943 WhatsApp Image 2022 10 31 at 141944

 

SENDAYAN, 31 Okt 22 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menyempurnakan perasmian Program RMAF Tools Down Day Tahun 2022 yang diadakan di Pangkalan Udara Sendayan, hari ini. Beliau turut diiringi oleh isteri, Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan selaku Pengerusi Jemaah BAKAT Udara.

Program RMAF Tools Down Day Tahun 2022 telah diadakan secara serentak di semua pangkalan dan unit TUDM di seluruh Malaysia serta dapat disaksikan secara on-line di seluruh pangkalan dan unit TUDM. Dengan tema bagi tahun 2022 iaitu, Warga Sihat, TUDM Selamat atau “Healthy Air Force, Safe Air Force” dipilih bertujuan untuk memupuk kesedaran warga TUDM berkaitan pentingnya aspek pengamalan budaya keselamatan dan kesihatan dalam menjalankan tugasan serta menjalani kehidupan harian.

Program ini merupakan anjuran daripada Inspektorat TUDM diketuai oleh Inspektorat Jeneral Tentera Udara (IJTU), Brig Jen Mohd Kahar bin Mohd Kassim TUDM. Penganjuran ini merupakan yang kali kedua diadakan di peringkat TUDM yang mana sebelum ini telah dilaksanakan pada tahun 2021 di PU Subang.

WhatsApp Image 2022 10 31 at 142451 WhatsApp Image 2022 10 31 at 142530 WhatsApp Image 2022 10 31 at 142535
WhatsApp Image 2022 10 31 at 142803 WhatsApp Image 2022 10 31 at 142920 WhatsApp Image 2022 10 31 at 142940

 

Turut hadir ke program ini ialah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Indera Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM bersama isteri, Datin Indera Hjh Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM dan isteri, Datin Dr Halina binti Haron; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Dato’ Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM dan isteri, Datin Lynette binti Mohamed; Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Masro bin Kaliwon TUDM dan isteri, Puan Dewi Mastura binti Tumiran serta pegawai-pegawai kanan TUDM.

Acara pada pagi ini telah dimulakan dengan simbolik pelancaran dan tayangan montaj RMAF Tools Down Day 2022 yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara sebelum diteruskan dengan sesi pemanasan badan iaitu aerobik dan Safety Fun Run iaitu larian dengan jarak 5 km.

Panglima Tentera Udara di dalam ucapannya menyatakan bahawa pada hari ini semua aktiviti operasi dan latihan ditangguhkan bagi melaksanakan Program Tools Down Day, dan iniasitif ini adalah merupakan salah satu usaha berterusan TUDM ke arah menyelesaikan isu keselamatan dan kesihatan semasa bertugas.

Tambah beliau, sepanjang program ini berlangsung, pelbagai aktiviti telah dirancang bagi membolehkan semua anggota mendapat manfaat yang sebaik-baiknya. Antara aktiviti yang telah dirancang pada hari ini adalah Fun Run, Health Screening, Blood Donation, CPR Demonstration, ceramah keselamatan dan banyak lagi. Selain daripada itu, terdapat beberapa pameran dan aktiviti keselamatan turut dilaksanakan di beberapa pangkalan dan unit.

WhatsApp Image 2022 10 31 at 142941 WhatsApp Image 2022 10 31 at 142944 1 WhatsApp Image 2022 10 31 at 143136 1
WhatsApp Image 2022 10 31 at 143137 1 WhatsApp Image 2022 10 31 at 153511 WhatsApp Image 2022 10 31 at 153511 1

 

Panglima Tentera Udara turut mengingatkan bahawa sebahagian besar daripada kemalangan atau insiden yang terjadi adalah juga disebabkan oleh "Human Factor". Oleh itu, penekanan kepada kecergasan dan tahap kesihatan anggota TUDM amatlah penting bagi mencapai matlamat TUDM sebagai sebuah organisasi yang unggul dan disegani berteraskan kesedaran keselamatan yang tinggi.

Selaras dengan Perintah Ulung PTU Ke-20,beliau memetik kembali kata-katanya iaitu ‘A Healthy Body Gives You A Healthy Mind. With A Healthy Mind You Will Be More Productive‘, yang memberikan penekanan terhadap keperluan mengekalkan tahap kesihatan seluruh warga udara pada tahap yang terbaik sepertimana kehendak perkhidmatan agar berupaya diaturgerak pada sebilang masa.

Beliau berharap agar program ini akan dapat memberi manfaat sepenuhnya kepada semua lapisan warga TUDM. Semoga warga TUDM terus sentiasa meningkatkan diri dan beroleh kejayaan dalam apa juga tugas sama ada di dalam perkhidmatan TUDM mahupun di luar perkhidmatan.

Turut memeriahkan sambutan di PU Sendayan pada pagi tadi adalah terdapat booth-booth jualan, pameran kesihatan, pameran pemakanan sihat, perkhidmatan pergigian daripada BPK ATM, menunggang kuda dan pelbagai lagi. Panglima Tentera Udara turut berkesempatan melawat ke booth-booth tersebut dan sempat mempelajari cara-cara melaksanakan bantuan kecemasan iaitu CPR. Dalam kunjungan tersebut, Panglima Tentera Udara dan isteri turut menyampaikan sijil penghargaan kepada agensi-agensi yang terlibat untuk booth pameran.

Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada warga Inspektorat TUDM, PU Sendayan dan lain-lain pihak yang turut terlibat dalam menjayakan Program RMAF Tools Down Day Tahun 2022.