![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM, telah hadir menyaksikan sesi raptai penuh perbarisan sempena sambutan Hari Ulang Tahun TUDM Ke-67 yang berlangsung di Pangkalan Udara Kuantan. Acara rasmi dijadualkan berlangsung pada 16 Jun 2025.
Pelaksanaan raptai ini merupakan sebahagian daripada persiapan rapi yang dilaksanakan bagi memastikan setiap elemen perbarisan berada pada tahap terbaik serta mencerminkan kesiagaan aset dan anggota TUDM.