PROGRAM USAHAWAN BISNES DROPSHIP DAN EJEN (DNA) BERSAMA BADAN KEBAJIKAN KELUARGA ANGKATAN TENTERA (BAKAT)

DSC 0352 DSC 0347 DSC 0018
DSC 0020 DSC 0021 DSC 0169
DSC 0214 DSC 0236

 

KUCHING, 6 Mei 23 - Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Pangkalan Udara Kuching telah mengadakan Program Usahawan Dropship Dan Ejen (DNA) yang dianjurkan oleh Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) bertempat di Dewan Sri Angkasa, PU Kuching. Program ini telah disertai oleh seramai 200 ahli BAKAT yang terdiri daripada 80 ahli BAKAT Udara dan 120 ahli BAKAT Darat Zon Kuching.

Program ini bertujuan untuk mendedahkan asas menjalankan perniagaan melalui platform sebagai dropship dimana peserta dilatih untuk memajukan perniagaan dengan teknik-teknik pemasaran yang berkesan melalui media sosial. Usaha murni ini merupakan inisiatif BAKAT ATM bersama INSKEN bagi terus membantu serta memberi peluang kepada ahli-ahli BAKAT Zon Kuching bagi memupuk minat serta mengembangkan lagi perniagaan mereka, seterusnya menjadi seorang usahawan yang berinovasi dan dapat membantu meningkatkan ekonomi keluarga.

Majlis penutup disempurnakan oleh YAM Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Datuk Hajah Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah selaku Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM. Turut hadir pada program ini adalah Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan selaku Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Udara serta Datin Seri Ramlah binti Dawi selaku Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT Darat. YAM Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Datuk Hajah Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah di dalam ucapan penutupnya menyeru agar semua ahli BAKAT tidak mensia-siakan peluang dengan menjadikan program dropship ini sebagai satu sumber pendapatan tetap bagi perancangan masa depan.