KUALA LUMPUR, 6 Sep 23 - Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Seri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah hadir di Progam Persidangan Penjawat Awam TUDM bagi tahun 2023 bertempat di International Youth Centre, Kuala Lumpur. Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Mohd Bakhari bin Ismail, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pertahanan.
Program yang dilaksanakan ini, bertujuan memberi pendedahan kepada penjawat awam di Markas Tentera Udara (MTU) untuk menghayati aspirasi dan hasrat pucuk pimpinan tertinggi pihak Kementerian Pertahanan secara amnya dan pihak Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) secara khususnya.
Selain itu juga, dengan penganjuran Kolokium ini dapat mewujudkan satu wadah perkongsian ilmu dan pengalaman mengenai kajian-kajian berkaitan isu perkhidmatan penjawat awam dalam urus tadbir kerajaan.
Turut hadir di program ini adalah Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Haji Baharudin bin Haji Abu Hassan TUDM serta pegawai-pegawai TUDM.