![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 23 November 2024 – Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM bersama isteri, Datin Sri Hajjah Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor, Timbalan Pengerusi Jemaah BAKAT Udara, telah menghadiri Program Atas Nama Cinta "Kerana Kau Ku Pilih Lalu Kau Setia Ku Kasih" 2024 yang berlangsung di Crystal Crown Hotel, Kuala Lumpur. Program ini merupakan inisiatif yang memfokuskan kepada pembangunan keluarga pasangan warga TUDM dan dianjurkan oleh Cawangan Agama Markas Tentera Udara (MTU) dengan kerjasama Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Udara dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Program ini bertujuan memberikan panduan dan motivasi kepada pasangan dalam memahami peranan serta tanggungjawab sebagai suami isteri demi mengekalkan kebahagiaan rumah tangga. Selain itu, program ini juga memberi pendedahan tentang teknik serta kemahiran yang dapat membantu pasangan memperkukuhkan hubungan mereka. Ia turut memfokuskan kepada usaha menyemarakkan kasih sayang di antara pasangan suami isteri agar dapat mewujudkan keluarga yang harmoni berdasarkan prinsip sakinah, mawaddah, dan rahmah.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Antara pengisian menarik dalam program ini ialah ceramah motivasi bertajuk "Komunikasi Suami Isteri: Lafaz Yang Tersirat" yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan JHEAINS, YM Ustaz Tengku Nor Iftah bin Tengku Jamil. Ceramah ini menekankan pentingnya komunikasi yang berkesan dalam hubungan rumah tangga, terutamanya dalam menyampaikan makna tersirat di sebalik setiap tindakan dan kata-kata.
Selain itu, peserta turut menyertai beberapa aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bertemakan "Sedangkan Lidah Lagi Tergigit" dan "Ikrar Cinta". Aktiviti ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan interaksi antara pasangan suami isteri, sekali gus membina hubungan yang lebih erat dan saling menghormati.
Dalam ucapan penutup, Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato' Sri Haji Muhamad Norazlan bin Aris TUDM menekankan bahawa sesungguhnya institusi kekeluargaan yang berjaya adalah hasil daripada cinta sejati bersama pasangan yang satu. Beliau turut berkongsi kata-kata hikmah, "A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person."
Beliau berharap agar melalui slot pertama yang bertemakan “Komunikasi Suami Isteri: Lafaz Yang Tersirat”, komunikasi yang diungkapkan antara pasangan menjadi lafaz yang melambangkan rasa cinta terhadap pasangan. Lafaz ini, menurut beliau, mampu terus membina bahtera perkahwinan yang kukuh dan membawa pasangan hingga ke akhir hayat.
Turut hadir ke program ini ialah Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Junairi bin Baharom TUDM bersama isteri, Puan Salmiah binti Saud, selaku Penasihat BAKAT Udara; Pengarah Perkhidmatan, Kol Zuhamri bin Mat Daud TUDM bersama isteri, Puan Nor Ainun Binti Nor; dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Puan Hazizah binti Yusof.