PERJUMPAAN WARGA UDARA BERSAMA PANGLIMA ANGKATAN TENTERA KE-21, JENERAL TAN SRI DATO’ SRI HAJI AFFENDI BIN BUANG TUDM

1 2 3 4
5 6 7 8
9 10 11 12
13 14 15 16
17 18 19 20
21 22 23 24
25 26 27 28
29 30 31 32
33 34 35 36
37 38 39 40
41 42 43 44
45 46 47 48

 

BUTTERWORTH, 18 Ogos 23 – Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM dan isteri, Yang Amat Mulia Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Datuk Hajah Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Pengerusi Jemaah Tertinggi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) ATM telah diraikan oleh TUDM di dalam Perjumpaan Warga Udara Bersempena Persaraan Panglima Angkatan Tentera Ke-21 di Wisma Perwira, Pangkalan Udara Butterworth.

Ketibaan Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM dan isteri di perkarangan Wisma Perwira PU Butterworth, disambut oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM dan isteri, Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan; Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Datuk Seri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM dan isteri, Datin Seri Hajah Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor; Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM dan isteri, Datin Dr Harlina binti Haron; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Leftenan Jeneral Dato' Zahani bin Zainal Abidin TUDM dan isteri Datin Lynette binti Tan Sri Mohamed; Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato' Mahadzer bin Amin TUDM dan isteri, Datin Nor Asmah binti Hj Hashim serta Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Wan Amin Hafiz bin Wan Mahmud TUDM dan isteri, Datin Suhana binti Ahmad Din. Turut mengalu-alukan ketibaan ialah Komander Pangkalan, Brigedier Jeneral Khairol Muzambi bin Salehin TUDM dan isteri Puan Siti Norazlina binti Ismail serta barisan AJK Wisma Perwira.

Panglima Angkatan Tentera dan isteri disajikan dengan galeri nostalgia gambar-gambar kenangan sepanjang perkhidmatan. Di Majlis Makan Malam Penghargaan ini, Panglima Tentera Udara menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan daripada TUDM kepada beliau atas sokongan yang diberikan sepanjang menjadi Panglima Angkatan Tentera. Tidak terkecuali ucapan terima kasih dan penghargaan kepada isteri PAT, YAM Tengku Puteri Seri Teja Puan Sri Datuk Hajah Tengku Muhaini binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Pengerusi Jemaah BAKAT ATM atas sokongan kepada BAKAT Udara khususnya. Panglima Tentera Udara menyifatkan secara peribadi insan yang dikenali dengan call sign APAI sebagai seorang ketua yang dihormati, pendengar yang baik, sentiasa tenang meskipun berhadapan dengan situasi mencabar dan mempunyai karisma yang tersendiri.

Hadirin turut dipersembahkan dengan persembahan sketsa daripada Warga Udara yang mengimbas kenangan Jeneral Tan Sri Dato’ Sri Haji Affendi bin Buang TUDM sewaktu dahulu, tayangan multimedia serta persembahan oleh Cawangan Muzik dan Kesenian TUDM (MUKES). Panglima Angkatan Tentera di dalam ucapan balas menzahirkan rasa penghargaan, terharu dan terima kasih atas penghargaan oleh TUDM kepada beliau dan isteri. Pemilihan lokasi di Pangkalan Udara Butterworth amat sinonim dan signifikan kepada beliau sebagai Komander Pangkalan Udara Butterworth dan isteri selaku Pengerusi BAKAT Udara PU Butterworth khususnya untuk berjumpa Warga Udara.

Mengakhiri majlis sebelum beredar pulang, Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Affendi bin Buang TUDM dan isteri bersalaman dengan hadirin yang hadir yang turut mengambil peluang mengucapkan terima kasih dan selamat maju jaya secara bersemuka.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer