PENYAMPAIAN SUMBANGAN BAYARAN PAMPASAN TUNTUTAN KEMATIAN SKIM TAKAFUL BERKELOMPOK ATM KEPADA DUA WARIS PEGAWAI KANAN TUDM

1 2 3
4 5 6

 

KUALA LUMPUR, 11 Okt 22 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menyempurnakan penyampaian Sumbangan Bayaran Pampasan Tuntutan Kematian Skim Takaful Berkelompok ATM kepada dua waris kepada pegawai kanan TUDM.

Penyampaian sumbangan pampasan di bawah skim takaful berkelompok ATM Koperasi Tentera diserahkan kepada Puan Nor Ezzah binti Mohd Zahid iaitu isteri Allahyarham Kol S. Nadzeer bin Salehuddin TUDM dan kepada Puteri Nur Adeline Jasmeen binti Sumardi, anak kepada Allahyarham Mej Sumardi bin Jasin TUDM.

Selain itu, Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Indera Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM turut menyampaikan sumbangan kepada Puan Samsiah binti Omar Bakri, ibu Allahyarham Kol S. Nadzeer bin Salehuddin TUDM di kediamannya di Raub, Pahang.

7 8 9
10 11 12

 

Kebajikan warga adalah merupakan agenda yang menjadi keutamaan TUDM, ATM dan Kementerian Pertahanan termasuk keluarga. Skim Takaful Berkelompok ATM adalah antara skim khas yang dikhususkan kepada ahli yang mencarum dan manfaatnya akan diterima oleh waris pencarum setelah berlakunya kematian untuk meneruskan kelangsungan hidup setelah kehilangan tonggak utama ketua keluarga.

Panglima Tentera Udara turut meluangkan masa menyantuni waris Allahyarham juga memberikan kata-kata semangat agar waris tabah dan sabar menghadapi ujian di atas pemergian insan tersayang serta dititipkan doa agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama hambaNya yang beriman.