![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 6 Apr 23 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM dan Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Seri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Kapt Mohd Jefry bin Hamid TUDM (Bersara) yang kembali ke Rahmatullah, semalam di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan. Pengurusan jenazah serta pengebumian diuruskan hari ini dengan bantuan dari TUDM serta kariah dari Pengurusan Tanah Perkuburan Raudatus Sakinah, Taman Batu Muda, Gombak.
Jenazah Allahyarham tiba di Masjid Khalid Al-Walid KEMENTAH kira-kira jam 9.00 pagi untuk urusan dimandikan dan dikafankan. Dalam masa yang sama, Panglima Tentera Udara dan Timbalan Panglima Tentera Udara turut menyantuni isteri Allahyarham, Lt Kol Rosfazillah serta anak-anak Allahyarham bagi menyampaikan sumbangan kebajikan.
Salam Takziah daripada seluruh warga TUDM kepada keluarga Allahyarham Kapt Mohd Jefry bin Hamid TUDM (Bersara). Semoga diberikan ketabahan, kekuatan jiwa serta kesabaran menerima ujian kehilangan ahli keluarga dan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, beramal soleh dan ahli syurga. Al-Fatihah.