PENERIMAAN 50 BUAH AMBULANS DOMESTIK TINGKATKAN KEUPAYAAN PENYAMPAIAN KUALITI PERKHIDMATAN KESIHATAN KEPADA WARGA PERTAHANAN

WhatsApp Image 2023 03 28 at 172126 WhatsApp Image 2023 03 28 at 172127 WhatsApp Image 2023 03 28 at 172127 1
WhatsApp Image 2023 03 28 at 172127 2 WhatsApp Image 2023 03 28 at 172128 WhatsApp Image 2023 03 28 at 172128 1

 

KUALA LUMPUR, 28 Mac 23 - Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah hadir ke Majlis Simbolik Penyerahan 50 Buah Ambulans Domestik Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Panglima-panglima Perkhidmatan yang disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan bertempat di Padang Kawad Kem KEMENTAH, hari ini.

Acara simbolik penyerahan dilaksanakan dengan sesi penyerahan kunci ambulans oleh YB Menteri Pertahanan kepada Panglima-Panglima Perkhidmatan. Perolehan ini dilakukan dengan objektif untuk menaik taraf ambulans domestik di fasiliti Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera. Penggantian ini akan meningkatkan lagi keupayaan penyampaian kualiti perkhidmatan kesihatan terutamanya dalam proses pemindahan rawatan pesakit kepada seluruh warga Kementerian Pertahanan dan ATM.

WhatsApp Image 2023 03 28 at 172129 WhatsApp Image 2023 03 28 at 172129 1 WhatsApp Image 2023 03 28 at 172130
WhatsApp Image 2023 03 28 at 172130 1 WhatsApp Image 2023 03 28 at 172131 1 WhatsApp Image 2023 03 28 at 172132
WhatsApp Image 2023 03 28 at 172133 WhatsApp Image 2023 03 28 at 172131 WhatsApp Image 2023 03 28 at 172134

 

Penambahbaikan ambulans domestik ini merupakan satu pelan jangka panjang Kerajaan dalam meningkatkan kesiapsiagaan ATM dengan penyediaan aset dan kelengkapan yang diperlukan seperti yang dinyatakan dalam Kertas Putih Pertahanan di bawah strategi Angkatan Masa Hadapan, di samping memperkasakan aspek kebajikan warga kerja pertahanan dengan penyediaan fasiliti perubatan yang terbaik. Kementerian Pertahanan sentiasa peka dengan keperluan warga ATM berdasarkan teras kebajikan yang telah digariskan bagi menjaga kebajikan warga ATM termasuk kakitangan awam Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) melalui peningkatan penyampaian kualiti perkhidmatan kesihatan.

Turur hadir ke majlis ialah Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari, Panglima Angkatan Tentera; Jen Tan Sri Dato' Sri Hj. Affendi bin Buang TUDM; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato' Sri Muez bin Abd Aziz; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Seri Mohammad bin Ab Rahman; Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Sabri bin Zali; Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan Angkatan Tentera, Lt Jen Dato' (Dr) Zulkeffeli bin Mat Jusoh serta pegawai-pegawai kanan ATM.

#MenjanaKesejahteraanInsan
#KertasPutihPertahanan
#KPPMindef
#SentiasaDiAngkasaRaya

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer