TUDM semalam melaksanakan satu penerbangan ihsan dari Kota Kinabalu ke Subang bagi membawa seorang kanak-kanak dan bayi lelaki yang memerlukan pembedahan jantung dengan kadar segera di Institut Jantung Negara (IJN) menggunakan pesawat angkut A400M dari No. 22 Skuadron, Pangkalan Udara Subang.
Kanak-kanak berkenaan, adik Ethan Gabrian Samat berusia 2 tahun mempunyai masalah saluran darah jantung yang sempit manakala bayi Muhammad Azril bin Abdullah menghidapi masalah saluran jantung terbalik serta jantung berlubang. Kedua-dua pesakit sebelum ini telah menerima rawatan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah.
Seluruh warga TUDM mendoakan supaya kedua-dua pesakit berkenaan menerima rawatan dengan segera serta diberikan kesembuhan. Semoga usaha yang dilaksanakan oleh TUDM dengan kerjasama pasukan perubatan melancarkan proses rawatan perubatan dan membolehkan pesakit mendapat rawatan pakar dengan segera.