PEMERIKSAAN TAHUNAN PEMERINTAHAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA KE ATAS PANGKALAN UDARA SENDAYAN

SEN 1392 SEN 1288

 

BANDAR SRI SENDAYAN, 7 Dis 21 – Pemeriksaan Tahunan Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara ke atas Pangkalan Udara Sendayan telah dilaksanakan bermula pada 7 Dis hingga 10 Dis 21. Tim Pemeriksaan ini diketuai oleh Ketua Staff MPPLU, Brig Jen Abdul Halim bin Othman TUDM. Pemeriksaan ini telah dimulakan dengan sesi taklimat oleh Komander PU Sendayan, Kol Haji Ahmad bin Yusof TUDM dan dibantu oleh Pegawai Laksana Pangkalan, Lt Kol Ahmad Rashidi bin Ithnin TUDM.

Pemeriksaan selama tiga (3) hari ini bertujuan untuk menilai dan memastikan kesiagaan pangkalan dan institusi latihan di bawah naungan MPPLU agar bersedia setiap masa untuk memastikan fungsi unit berjalan dengan baik, menilai tahap pencapaian Sasaran Kerja Tahunan, pelaksanaan sistem pengurusan kualiti mengikut keperluan ISO 9001 : 2015, pengurusan latihan, kurikulum, piawaian dan peperiksaaan, dokumen kursus dan aset-aset latihan.

Diakhir pemeriksaan ini, Tim Pemeriksaan MPPLU telah melaksanakan taklimat balas yang bertujuan untuk penambahbaikkan pada masa akan dating. Turut hadir ditaklimat balas ini adalah Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Mohd Shahada bin Ismail TUDM.