PANGLIMA TENTERA UDARA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PERSARAAN BRIG JEN DATO’ ABDUL HALIM BIN ABU HASSAN TUDM

1 2
3 4

 

KUALA LUMPUR, 5 Ogos 2025- Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah, Cawangan Latihan Pertahanan, Markas Angkatan Tentera Malaysia, Brig Jen Dato’ Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM di pejabat beliau hari ini.

Kunjungan hormat ini bersempena dengan persaraan Brig Jen Dato’ Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM di dalam perkhidmatan ATM tidak lama lagi.

Panglima Tentera Udara mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Brig Jen Dato’ Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM di atas segala komitmen, keringat dan jasa yang telah dicurahkan sepanjang dalam perkhidmatan. Semoga terus maju jaya dan selamat bersara.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer

AGENSI DALAMAN