![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 13 Ogos 2025 –Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM dalam satu pertemuan rasmi yang berlangsung di pejabat beliau hari ini.
Pertemuan ini turut menjadi platform untuk Panglima Operasi Udara mendapatkan pandangan, nasihat serta amanat daripada pucuk pimpinan untuk beliau melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya secara holistik dalam memastikan kesiagaan operasi TUDM terus diperkukuh selari dengan cabaran dan keperluan pertahanan masa kini.