PANGLIMA TENTERA UDARA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARIPADA BAKAL PENASIHAT PERTAHANAN DAN PENOLONG PENASIHAT PERTAHANAN MALAWAKIL LUAR NEGARA

1 2 3

 

KUALA LUMPUR, 19 Sep 24 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada bakal Penasihat Pertahanan dan Penolong Penasihat Pertahanan Malawakil Luar Negara, di pejabat beliau hari ini.

Pertemuan ini melibatkan Kol Hisham bin Zakaria TUDM, bakal Penasihat Pertahanan di Pretoria, Afrika Selatan; Mej Suriati binti Alias, bakal Penolong Penasihat Pertahanan di Canberra, Australia dan Mej Ahmad Saifuddin bin Noordin TUDM, bakal Penolong Penasihat Pertahanan di London, United Kingdom.

Panglima Tentera Udara merakamkan ucapan tahniah dan selamat menjalankan tugas dengan profesional serta memikul amanah yang diberikan dengan sebaik-baiknya agar sentiasa cemerlang sebagai wakil Angkatan Tentera Malaysia khususnya dan negara amnya.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer