![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 30 Jun 2025 - Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Dato’ Ts. Shamsuddin bin Hj Ludin di pejabat beliau hari ini.
Kunjungan hormat ini merupakan kunjungan rasmi beliau sempena pelantikan Jen Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM sebagai Panglima Tentera Udara Ke-21 yang baharu.
Dalam pertemuan ini, Laksamana Madya Dato’ Ts. Shamsuddin bin Hj Ludin menzahirkan ucapan tahniah dan berharap kerjasama erat antara TUDM dan TLDM akan terus dapat dipertingkatkan terutamanya melibatkan latihan dan operasi bersama bagi memastikan keupayaan serta kesiagaan kedua-dua angkatan terus utuh dalam menjaga kedaulatan negara.