PANGLIMA TENTERA UDARA TERIMA KUNJUNGAN HORMAT DARI COMMANDER OF WASHINGTON AIR NATIONAL GUARD

1 2
3 4

 

KUALA LUMPUR, 2 Apr 24- Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menerima Kunjungan Hormat daripada Commander of Washington Air National Guard, Brigadier General Gent Welsh Jr di pejabat beliau, hari ini.

Kunjungan hormat ini adalah bersempena dengan Lawatan Kerja Rasmi Brigadier General Gent Welsh Jr ke Malaysia bermula 2 hingga 5 April 2024. Semasa kunjungan hormat, PTU dan Commander of Washington Air National Guard berpeluang berkongsi dan bertukar buah fikiran melibatkan hubungan dua hala dan isu-isu ketenteraan. Dalam masa yang sama, perjumpaan ini juga mengukuhkan lagi hubungan erat dan diplomasi pertahanan yang sedia terjalin antara kedua-dua negara.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer