![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 11 Mac 21 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM telah menyertai “Pacific Air Chiefs VTC” yang diadakan secara persidangan video langsung dari Bilik Mesyuarat Panglima Tentera Udara berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia. Persidangan kali ini diwakili oleh 20 pegawai tertinggi Tentera Udara dari 5 benua bersua secara video teleconferencing (VTC) yang dipengerusikan oleh Jeneral Kenneth S.Wilsbach, Commander Pacific Air Forces (COMPACAF).
Selain Malaysia, Pegawai Tertinggi Tentera Udara atau wakil yang lain adalah dari negara Australia, Bangladesh, Cambodia, Kanada, Chile, Perancis, India, Indonesia, Jepun, Maldives, Mongolia, New Zealand, Filipina, Korea, Singapura, Sri Lanka, Thailand, Papua New Guinea dan Amerika Syarikat.
Persidangan ini secara umumnya, memberikan peluang kepada Pegawai Tertinggi Tentera Udara atau wakil bagi memberikan perspektif mengenai cabaran yang dihadapi serta kepentingan bersama di samping memberi tumpuan kepada topik yang berkaitan seperti Regional Security Interest, Joint and/or Partner Interoperability dan Humanitarian Assistance and Disaster Relief (HADR).
Pacific Air Chiefs VTC kali ini lebih kepada perbincangan umum dan akan dibincangkan dengan lebih mendalam ketika “Pacific Air Chiefs Symposium” (PACS 21) yang dirancangkan pada penghujung Ogos nanti di Joint Base Pearl Harbor-Hickam Hawaii.
Simposium anjuran United States Air Force Pacific Air Command adalah acara tahunan yang mengumpulkan Ketua-Ketua Turus Tentera Udara dari serantau Indo-Asia-Pasifik. Objektif simposium ini adalah untuk memperkukuhkan lagi hubungan diplomatik dan kerjasama yang sekian lama terjalin di antara Tentera Udara negara-negara peserta dan juga membuka jalan untuk meningkatkan interaksi di masa hadapan serta membincangkan perihal geo-strategik serantau demi kepentingan bersama.