KUALA LUMPUR, 11 Mei 22 – Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan, Mej Jen Dato’ Pahlawan Ir Haji Chapiti bin Haji Redzwan di pejabat PTU, hari ini.
Kunjungan hormat ini adalah bersempena beliau telah mengambilalih tugas sebagai Ketua Pengarah Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan Pertahanan yang baharu.
Seluruh warga TUDM mengucapkan tahniah kepada beliau di atas pelantikan tersebut dan terus cemerlang di bawah pemerintahan beliau.