![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
PUTRAJAYA, 15 Ogos 2025 – Panglima Tentera Udara, Jeneral Dato’ Sri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM telah menyempurnakan Pelancaran Program Kecergasan TUDM atau dikenali sebagai P28 bertempat di Taman Botani Putrajaya.
Program yang diinspirasikan oleh Panglima Tentera Udara ini merupakan sebuah program untuk memastikan setiap warga udara berada pada tahap kecergasan optimum dan mempunyai berat badan ideal dengan BMI bawah 28 sesuai dengan motto program iaitu "Fit, Focus and Fierce.
Inisiatif ini juga selaras dengan aspirasi Panglima Tentera Udara ke-21 dalam mendukung salah satu daripada enam tonggak utama beliau iaitu “Melestarikan Warga Udara” dengan pembudayaan "work life balance".
Sebagai permulaan P28 pada hari ini, Panglima Tentera Udara bersama 133 Pegawai Kanan TUDM dan Pegawai Waran sekitar Lembah Klang telah melaksanakan larian 5KM di Tasik Botani Putrajaya.
Turut hadir adalah Timbalan Panglima Tentera Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Nur Hafis bin Abdul Karim TUDM; Panglima Operasi Udara, Leftenan Jeneral Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara; Leftenan Jeneral Dato’ Muhammad Tarminzi bin Haji Mustapha TUDM; Panglima Bantuan Udara, Mejar Jeneral Dato’ Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadhli TUDM; Panglima Rejimen TUDM, Brigedier Jeneral Mohd Zairul Hisham bin Muhamad Ibrahim TUDM serta Pegawai-Pegawai Kanan TUDM.