PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA MENDAHULUI SENARAI BERSAMA LIMA PEGAWAI KANAN TUDM YANG DINAIKKAN PANGKAT

1 2 3
4 5 6

 

KUALA LUMPUR, 8 Mac 22 - Panglima Tentera Udara, Jen Dato' Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM hari ini telah menyempurnakan upacara pemakaian pangkat kepada enam pegawai kanan TUDM bertempat di Auditorium Wisma Pertahanan sejurus selepas upacara Serah Terima Tugas Timbalan Panglima Tentera Udara kepada Lt Jen Dato’ Indera Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM.

Majlis bersejarah hari ini menyaksikan enam (6) Pegawai Kanan TUDM yang dinaikkan pangkat iaitu:

1. Mejar Jeneral Dato' Mohd Shahada bin Ismail TUDM yang dinaikkan pangkat ke Leftenan Jeneral TUDM. Beliau membuat tugas sebagai Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU) di Markas Pemerintahan Latihan Udara (MPPLU), Pangkalan Udara Sendayan.

2. Brigedier Jeneral Dato' Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM yang dinaikkan pangkat ke Mejar Jeneral TUDM dan memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Sekretariat di Markas Tentera Udara.

3. Kolonel Hj Ahmad bin Yusof TUDM yang dinaikkan pangkat ke Pemangku Brigedier Jeneral TUDM dan memegang jawatan sebagai Timbalan Asisten Ketua Staf di Markas ATM, Bahagian Perkhidmatan Anggota.

4. Kolonel Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM yang dinaikkan pangkat ke Pemangku Brigedier Jeneral TUDM dan memegang jawatan sebagai Komander Pangkalan Udara Kuantan.

5. Kolonel Mohd Sani bin Omar TUDM yang dinaikkan pangkat ke Pemangku Brigedier Jeneral TUDM dan memegang jawatan sebagai Timbalan AKS P&P di Markas Tentera Udara, Bahagian Perancangan dan Pembangunan.

6. Leftenan Kolonel Ahmad Rashidi bin Ithnin TUDM yang dinaikkan pangkat ke Pemangku Kolonel TUDM dan memegang jawatan sebagai Komander Pangkalan Udara Sendayan.

7

Upacara pemakaian pangkat turut disaksikan bersama oleh Panglima Pemerintahan, pegawai kanan TUDM serta warga TUDM yang berkhidmat di Markas Tentera Udara. Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada pegawai-pegawai Kanan TUDM yang telah dinaikkan pangkat hari ini. Kenaikan pangkat ini adalah atas kecemerlangan,dedikasi dan komitmen yang tidak berbelah bahagi yang telah dicurahkan kepada perkhidmatan TUDM. Semoga dengan kenaikan pangkat ini turut menjadi pemangkin kepada pegawai yang lain untuk terus berkhidmat di dalam TUDM khasnya dan ATM amnya untuk agama,bangsa dan negara tercinta.