![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 9 Disember 2025 β Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datoβ Masro bin Kaliwon TUDM, telah menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Memerintah No 14 Skn, Lt Kol Hamdi bin Tajuddin TUDM di pejabat beliau hari ini.
Kunjungan hormat tersebut diadakan bersempena pelantikan beliau sebagai Pegawai Memerintah baharu yang berkuat kuasa pada 26 Ogos 2025.
Dalam pertemuan tersebut, Panglima Operasi Udara turut menzahirkan ucapan tahniah kepada pegawai berkenaan atas pelantikan sebagai Pegawai Memerintah Skuadron yang baharu.






