![]() |
![]() |
SUBANG, 9 Jul 2025 – Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Dato' Ahmad Khusairi bin Ahmad Fadli TUDM telah menerima kunjungan hormat daripada Pegawai Waran TUDM, PW U I Mohd Rashidi bin Md Tahir di pejabat beliau hari ini.
Pertemuan ini menjadi platform untuk PW TUDM mendapatkan pandangan, nasihat serta amanat daripada kepimpinan tertinggi TUDM di dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab yang telah diamanahkan, khususnya berkaitan dengan aspek pemerkasaan kepimpinan, budaya rejimental serta kebajikan di peringkat LLP TUDM selaras Pelan Pembangunan Keupayaan TUDM 2055 (CAP55).
Selain itu, turut dibincangkan berkenaan cabaran pada masa kini yang melibatkan LLP TUDM serta panduan untuk memastikan LLP TUDM sentiasa mempamerkan prestasi kerja yang cemerlang dan komitmen yang jitu serta mampu medokong kepimpinan tertinggi TUDM dalam memastikan TUDM menjadi sebuah kuasa udara yang unggul.