MESYUARAT PEMERINTAHAN PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA SIRI 2/23

1 2 3
4 5 6
7 8 9
10 11 12

 

SENDAYAN, 17 Nov 23 – Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Lt Jen Dato’ Zahani bin Hj Zainal Abidin TUDM telah mempengerusikan Mesyuarat Pemerintahan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara Siri 2/23 bertempat di Bilik Mesyuarat MPPLU, PU Sendayan.

Mesyuarat yang diadakan selama empat (4) hari bermula pada 14 Nov hingga 17 Nov 23 memfokuskan kepada isu semasa yang dirancang pada awal tahun dan rancangan hadapan dalam mendukung fungsi dan peranan MPPLU selari dengan Pelan Strategik CAP55 khususnya melibatkan pendidikan dan latihan di dalam TUDM.

Pada mesyuarat edisi kali ini, sebanyak enam (6) taklimat telah dibentangkan. Selain itu, peserta mesyuarat turut menjalani Latihan Kompetensi Menembak Pistol yang melibatkan Pegawai Eksekutif MPPLU dan Unit Naungan di Lapang Sasar PU Sendayan.

Panglima Pendidikan dan Latihan Udara turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir serta memberikan idea yang kritis demi kecemerlangan organisasi. Sekalung penghargaan juga diberikan kepada sekretariat penganjur yang mengkoordinasikan Mesyuarat Pemerintahan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara kali ini.