MESYUARAT PEMERINTAHAN PANGLIMA PENDIDIKAN DAN LATIHAN UDARA SIRI 1/22

DSC 0128 DSC 0112

 

PORT DICKSON, 15 Jun 22 – Mesyuarat Pemerintahan Panglima Pendidikan dan Latihan Udara (PPLU) Siri 1/22 telah dipengerusikan oleh Lt Jen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM bertempat di Hotel Thistle, Port Dickson.
Mesyuarat yang diadakan selama dua (2) hari iaitu pada 14 Jun hingga 15 Jun 22 telah membincangkan isu-isu dan cabaran-cabaran semasa dalam mendukung fungsi dan peranan MPPLU khususnya melibatkan pendidikan dan latihan di dalam TUDM.

Pada mesyuarat edisi kali ini, sebanyak tiga (3) kertas kerja telah dibentangkan iaitu:
1. Relevansi Pelaksanaan Modul 2 (Basic Engineering) Kursus Fire Safety Technician (FST) di Institut Latihan Awam (ILA).
2. Sistem Latihan Pemanduan Kenderaan Domestik TUDM Berteknologi Tinggi (Simulator).
3. Pelaksanaan Kursus Executive Protection Driver (EPD) bagi Anggota Pengurusan Pengangkutan Kenderaan (PPK).

Mesyuarat turut mengupas dan membincangkan Pelan Tindakan Perintah Ulung PTU ke-20 yang telah ditaklimatkan oleh unit-unit naungan MPPLU.

Di mesyuarat ini, PPLU, Lt Jen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM di dalam ucapannya telah menekankan pemerkasaan latihan yang perlu direalisasikan melalui penyediaan persekitaran latihan yang kondusif serta kurikulum dan silibus yang komprehensif. Selain itu, PPLU turut mengingatkan semua Pegawai Memerintah supaya mempamerkan sikap kepimpinan dan nilai integriti yang tinggi agar dapat dijadikan contoh (role model) kepada semua lapisan anggota. Beliau juga mengambil kesempatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta mesyuarat di atas komitmen dan kerjasama mereka sepanjang mesyuarat berlangsung.

Turut hadir bersama pada mesyuarat kali ini adalah Pengarah Pembangunan Sumber Manusia, Kol Nazaruddin bin Haron TUDM.