PORT DICKSON, 17 JUN 2022 - Mesyuarat Pemerintahan Panglima Operasi Udara Siri 1/22 yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula pada 15 Jun 2022 di Hotel Thistle Port Dickson, Negeri Sembilan telah melabuhkan tirainya pada hari ini. Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM.
Mesyuarat ini merupakan mesyuarat dwi-tahunan Panglima Operasi Udara untuk menyampaikan arahan dan dasar-dasar baharu dan semasa berkaitan operasi kepada semua peringkat Komander dan Pegawai Memerintah Skuadron. Selain itu, mesyuarat ini menjadi platform interaksi secara terus Panglima Operasi Udara bagi mendapatkan perbincangan yang positif demi menentukan segala arahan dan dasar yang diputuskan dapat dilaksanakan sebaik-baiknya.
Dalam sesi mesyuarat kali ini, tiga pensyarah jemputan iaitu Pengarah Perundangan, Cawangan Perundangan TUDM, Kol Dr. Norazrin bin Shamsudin TUDM; Bahagian Undang-Undang Antarabangsa, Tuan Alfian bin Yang Amri dan Pensyarah Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Profesor Adam Leong Kok Wey telah dijemput bagi mengupas tajuk “ Safe Guarding Malaysian Sovereignty And Territorial Integrity: Political Influence , Government Policies And Millitary Responsibility” daripada sudut akademik, ketenteraan dan perundangan antarabangsa. Selain itu enam (6) taklimat telah disampaikan oleh markas dan pangkalan-pangkalan seperti berikut
1. Taklimat Memperkasakan Budaya Inovasi Melalui Pengurusan Sumber Yang Terhad Dalam Memantapkan Pengoperasian dan Kesiagaan dibentangkan oleh Komander PU Kuching bersama Pegawai Eksekutif PU Labuan.
2. “Thoughts On Future Air Defence” yang dibentangkan oleh Lt Kol Zainal Abidin bin Yahia@Yahaya TUDM, Pegawai Memerintah Skn 330 bersama Lt Kol Mohd Shafriz bin Othman TUDM Pegawai Staf 1 K&L MPOU.
3. Taklimat Ancaman, Tugas-Tugas dan Kesedaran dibentangkan oleh Panglima Markas Rejimen, Brig Jen Meor Ahmad Kamal bin Hj Meor Tarmizi TUDM.
4. Taklimat Menguruskan Sumber Sedia Ada Bagi Pemantapan Keupayaan Dan Kesiagaan TUDM Dari Prespektif Pangkalan dibentangkan oleh Komander PU Kuantan dan Pegawai Eksekutif PU Gong Kedak
5. Taklimat Kes dan Integriti Warga TUDM oleh Pengarah Provos Marsyal Udara, Kol Khair bin Shaari TUDM.
6. Taklimat Pemerkasaan Warga Udara Dalam Mencapai Kecemerlangan Operasi oleh Komander PU Subang dan Komander Pangkalan Udara Butterworth.
Resolusi-resolusi yang diketengahkan semasa mesyuarat akan diangkat sebagai tindakan atau cadangan penambahbaikan markas atau perkhidmatan. Turut hadir ialah Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Shamsudin bin Kasim TUDM; Ketua Staf MPOU, Mej Jen Mahadzer bin Amin TUDM, Ketua Staf MAWILUD 1, Brig Jen Dato’ Abdul Halim bin Abu Hassan TUDM yang mewakili Panglima Wilayah Udara 1 dan Panglima Markas Rejimen, Brig Jen Meor Ahmad Kamal bin Hj Meor Tarmizi TUDM.