![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pulau Pinang, 28 Mac 21 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM secara rasminya menutup tirai Mesyuarat Pemerintahan Panglima Operasi Udara Siri 1/2021 hari ini.
Panglima Operasi Udara dalam ucapan penutup beliau menyatakan bahawa pelaksanaan mesyuarat pemerintahan ini akan menjadi forum yang terbaik untuk berinteraksi serta merangka pelan-pelan tindakan, menilai dan meletakkan hala tuju dan keazaman yang baharu untuk TUDM.
Tiga hari yang cukup padat dengan pelbagai perkara untuk dibincangkan telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya.Perkara ini sekaligus diharap dapat menjana idea baru dan menetapkan hala tuju MPOU dalam mengharungi cabaran seiring dengan keperluan operasi TUDM.