SENDAYAN, 19 Apr 21 - Bahagian Keselamatan, Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara telah melaksanakan mesyuarat keselamatan pemerintahan penggal pertama tahun 2021 bertempat di Dewan Peperiksaan MPPLU, Pangkalan Udara Sendayan.
Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Mohd Shahada bin Ismail TUDM dan dihadiri oleh semua Komandan, Komander Pangkalan, Pegawai Memerintah, Ketua Sekolah dan Pegawai Keselamatan unit dibawah naungan MPPLU.
Mesyuarat Keselamatan yang diadakan secara dua penggal bagi setiap tahun yang mana pada penggal pertama kali ini membincangkan isu-isu berkaitan keselamatan penerbangan, keselamatan jalanraya dan keselamatan pangkalan. Melalui statistik kemalangan penerbangan dan kenderaan bagi perbandingan 2020/2021 menunjukkan penurunan yang ketara pada suku tahun pertama.
Dipenghujung ucapan, pengerusi menyeru setiap pemerintah supaya melaksanakan kajian yang mendalam dan terperinci bagi setiap laporan seperti SOR, Hazard Report dan lain-lain laporan agar permasalahan yang dilaporkan dapat ditindak dengan betul dan tepat.