![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
IPOH, 20 Jun 25 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM telah menyempurnakan Majlis Penutup Tilawah Al-Quran TUDM Peringkat Zon Utara yang diadakan di Dewan Rajawali, Akademi Tentera Udara (ATU).
Majlis ini telah bermula pada 20 Jun 25 menyaksikan penglibatan pegawai dan anggota LLP TUDM mengikut kategori yang dipertandingkan iaitu kategori pegawai, qari, qariah dan saudara muslim. Sesi penilaian telah dibuat oleh barisan juri-juri profesional dengan mengambil kira beberapa elemen penting termasuk tajwid, taranum, fasohah dan suara.
Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan mutu bacaan Al-Quran di kalangan warga TUDM. Selain itu, program ini juga dapat menggalakkan warga TUDM mempelajari dan mendalami Al-Quran dengan lebih baik sekali gus dapat memilih wakil peserta Zon Utara untuk ke Majlis Tilawah Al-Quran peringkat TUDM.
Pemenang-pemenang bagi pertandingan Tilawah Al-Quran TUDM Peringkat Zon Utara adalah seperti berikut:
Kategori Pegawai.
Johan: Mej Muhammad Hamzani bin Muhammad TUDM.
Naib Johan: Lt Nabil Hakimi bin Mohd Indra TUDM.
Tempat Ketiga: Kapt Zulfikri bin Zulkifli TUDM.
Kategori Qari.
Johan: PW U II Muhammad Rishmudeen bin Ramli.
Naib Johan: PW U II Masaud bin Md Nor.
Tempat Ketiga: Sjn U Muhammad Ruzaini bin Ramlan.
Kategori Qariah.
Johan: F/Sjn Che Nor Rahinda bt Mat Isa.
Naib Johan: Puan Nur Alwanifairuz bt Zainol Rashid.
Kategori Saudara Baru.
Johan: LU I Muhammad Aidil Derrell bin Peturus.
Naib Johan: Sjn U Muhammad Nick Fitri bin Ragie.
Terdahulu, para tetamu yang hadir turut dipersembahkan dengan persembahan nasyid dari kumpulan Al-Hawaiyyah terdiri daripada wakil Perajurit Muda Udara siri 69/25.
Turut hadir adalah, Lt Kol Mohamad Zumairi bin Abdullah TUDM; mewakili Komandan ATU merangkap Pengerusi Jawatankuasa Majlis Tilawah Al-Quran TUDM peringkat Zon Utara Tahun 2025, Mej Mohd Azhar bin Ajis TUDM; Mewakili Komander PU Butterworth, Mej Mohd Fitrie Idham bin Kamaruddin TUDM; Mewakili Komandan KTU, pegawai-pegawai ATU serta anggota LLP.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta yang terlibat dalam Program Tilawah Al-Quran TUDM peringkat Zon Utara Tahun 2025.