MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS JEMAAH BAKAT UDARA

1 2 3 4
5 6

 

SUBANG, 25 Jun 2025 - Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Udara telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengerusi Jemaah BAKAT Udara di antara Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan dengan Datin Sri Hjh Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor bertempat di Rumah BAKAT Udara, Pangkalan Udara Subang. Majlis ini turut disaksikan oleh Asisten Ketua Staf Tadbir, Brig Jen Junairi bin Baharom TUDM selaku Penasihat BAKAT Udara.

Dalam majlis ini juga, Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan turut menyampaikan amanat serta penghargaan kepada semua AJK dan ahli-ahli BAKAT Udara yang bersama-sama beliau menjalankan segala aktiviti BAKAT sejak 4 Mac 22 sehingga kini. Beliau juga menyeru agar semua ahli BAKAT Udara bersama-sama menyokong dan bekerjasama kepada Datin Sri Hjh Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor yang dilantik sebagai Pengerusi Jemaah BAKAT Udara yang baharu.

Turut hadir menyaksikan upacara serah terima tugas ini adalah semua Ahli BAKAT Udara daripada Markas, Pangkalan dan Unit TUDM.

Seluruh warga TUDM khususnya Ahli BAKAT Udara mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala jasa dan bakti yang dicurahkan oleh Puan Sri Datin Sri Bibi Nasratjahan binti Gulab Khan dan semoga dikurniakan ganjaran pahala oleh Allah SWT. Ucapan tahniah juga kepada Datin Sri Hjh Wan Nor Sazlina binti Wan Abd Shukor yang menerajui BAKAT Udara dan meneruskan perjuangan BAKAT Udara khususnya kebajikan keluarga warga TUDM.

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer