MAJLIS PERASMIAN PEMBUKAAN SEOUL INTERNATIONAL AEROSPACE & DEFENSE EXHIBITION 2021 (SEOUL ADEX 2021)

245946201 240203694817772 7240918601183504756 n 245913937 240203788151096 7726950423780223390 n
245928782 240203738151101 2865436826931193887 n 246736319 240203818151093 8320715500853045369 n

 

SEOUL, 20 Okt 21 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM antara tetamu negara yang dijemput menghadiri majlis Perasmian Pembukaan Seoul International Aerospace & Defense Exhibition 2021 (Seoul ADEX 2021) yang berlangsung hari ini. Majlis perasmian yang bermula jam 10.00 pagi telah disempurnakan oleh Presiden Korea Selatan, Moon Jae-In.

Lebih menarik,unik dan melakar sejarahnya tersendiri di majlis ini apabila Presiden Korea Selatan dibawa menaiki pesawat FA-50 milik Republic of Korea Air Force dan mendarat di Lapangan Terbang Seoul seterusnya merasmikan Majlis Pembukaan Seoul ADEX 2021.

Turut serta menyaksikan acara perasmian ialah Ketua Pengarah Sekretariat, Brig Jen Dato' Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM yang mengiringi Panglima Tentera Udara serta Penasihat Pertahanan Malaysia di Republik Korea, Kol Mohd Sobirin bin Hj Mohd Yusof. Dengan keadaan cuaca yang baik dan cerah serta suhu 15 darjah celcius, tetamu yang hadir juga dipertontonkan dengan pertunjukan udara serta dibawa mengunjungi booth-booth pameran daripada pempamer syarikat dan industri pertahanan.

 

Markas Tentera Udara, Kementerian Pertahanan,
Jalan Padang Tembak, 50634, Kuala Lumpur.
Emel: pro[at]airforce[dot]mil[dot]my[dot]
Tel: +(60)3-40170056 (Bhg. Perhubungan Awam)
Tel: +(60)3-40170100 (Sek. Kerjaya & Pengambilan)
 
Resolusi Paparan: 1024 x 768 px dengan
Mozilla Firefox, Google Chrome dan
Internet Explorer