![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 27 Jun 24 – Majlis Penyerahan Pesawat CN235-220M Modification Completion MSA daripada Kerajaan US yang diwakili oleh His Excellency Edgard D.Kagan, Ambassador of The United State To Malaysia kepada Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah dilaksanakan di Pangkalan Udara Subang.
Program naik taraf pesawat 'Maritime Surveillance Aircraft (MSA)' di bawah 'Maritime Security Initiative (MSI)' bagi pesawat CN235-220M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah bermula pada tahun 2018 hingga 2023. Tiga (3) buah pesawat CN235-220M dari No 1 Skn yang dinaik taraf menjadi MSA telah dihantar secara berperingkat ke PT Dirgantara Indonesia (PTDI) yang merupakan Original Equipment Manufacturer (OEM) bagi melaksanakan naik taraf pesawat tersebut.
Dengan pelaksanaan program naik taraf ini juga, pesawat CN235-220M yang dulu hanya digunakan sebagai pesawat pengangkut kini telah berupaya untuk melaksanakan tugasan Intelligence, Surveillance & Reconaissance (ISR) yang mampu memberi satu impak yang besar kepada TUDM dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan ruang perairan negara.
Sebagai simbolik majlis penyerahan, His Excellency Edgard D.Kagan telah menyerahkan “Universal Hand Control Unit (UHCU) EO/IR MSA kepada Panglima Tentera Udara. Majlis ini turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) Dasar, YBrs En. Mohd Yani bin Daud; Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Seri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM; Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Masro bin Kaliwon TUDM; Panglima Wilayah Udara 1, Mej Jen Dato’ Mahadzer bin Amin TUDM; Panglima Wilayah Udara 2, Mej Jen Dato’ Wan Amin Hafiz bin Wan Mahmud TUDM dan Pegawai-pegawai Kanan TUDM serta delegasi daripada US Embassy.