KUALA LUMPUR, 24 Jun 22 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menyempurnakan penyerahan cek Pampasan Tuntutan Kematian Skim Takaful Berkelompok Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada waris Allahyarham Kol Hasnol Hisham bin Abu Hassan TUDM, Puan Rohani binti Tahir di pejabat beliau, hari ini.
Turut hadir menyaksikan penyerahan pampasan ialah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM dan Ketua Pengarah Sekretariat, Mej Jen Dato’ Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM.
Allahyarham Kol Hasnol Hisham bin Abu Hassan TUDM telah meninggal dunia pada 21 Nov 21 dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Covington, Washington. Allahyarham juga merupakan peserta Skim Takaful Berkelompok Angkatan Tentera Malaysia (STBATM) di bawah pengurusan Koperasi Tentera yang telah melayakkan warisnya diberi pampasan wang manfaat Takaful mengikut jumlah pegangan unit yang sah setelah peserta meninggal dunia. Sehubungan dengan itu, STBATM ini adalah satu jaminan yang diberikan kepada mana-mana anggota ATM yang menyertai skim ini bahawa setiap waris yang layak akan menerima wang manfaat takaful mengikut terma dan syarat skim bagi membolehkan waris meneruskan kelangsungan hidup setelah berlakunya kematian.