MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL DAN PENUTUP KURSUS KEPIMPINAN PEGAWAI WARAN (KKPW) SIRI 61/22

1 2 3
4 5 6

 

SENDAYAN, 8 Feb 22 - Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil dan Penutup Kursus Kepimpinan Pegawai Waran (KKPW) Siri 61/22 bertempat di Auditorium Rajawali, Pangkalan Udara Sendayan. Kursus yang bermula pada 3 Jan hingga 8 Feb 22 ini telah dihadiri seramai 51 penuntut kursus berpangkat FSjn terdiri daripada pelbagai tred dan unit di dalam TUDM.

Majlis telah dimulakan dengan pembentangan kertas kerja yang bertajuk Mengenalpasti Tahap Buli di Kalangan Warga TUDM Serta Kesan Kepada Organisasi. Selepas sesi pembentangan, majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada penuntut yang berjaya menamatkan kursus ini.

Majlis ini turut dihadiri oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM; Pengarah Pembangunan Sumber Manusia, Kol Nazaruddin bin Haron TUDM; Pegawai Memerintah INSKEP, Lt Kol Nasruddin bin Khalid TUDM, pegawai-pegawai kanan, Pegawai Waran TUDM serta para jurulatih INSKEP.

Tahniah diucapkan kepada semua penuntut yang telah menamatkan kursus dengan jayanya. Semoga kursus yang dihadiri ini dapat memberikan manfaat untuk menjadi seorang pemimpin yang berkaliber di masa hadapan.