SUBANG, 24 September 2020 – Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) telah melaksanakan Majlis Penutup Staff Exercise (STAFFEX) Paradise 7/20 bertempat di Bangunan Air Warfare Centre (AWC).
Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Panglima Operasi Udara (PANGOP), Lt Jen Dato’ Hj Mohammad Salleh bin Hj Osman TUDM yang turut disertai oleh Ketua Staf MAWILUD 2, Brig Jen Muhammad Taha bin Hamdan TUDM dan pegawai-pegawai kanan MPOU.
Sebelum majlis dimulakan, Panglima Operasi Udara serta semua yang terlibat terlebih dahulu melalui saringan pemeriksaan suhu (thermal scanner) sebagai Standard Operating Procedure (SOP) bagi pencegahan penularan COVID-19.
Objektif utama STAFFEX untuk melaksanakan Air Operations Planning Process di peringkat operasional telah berjaya dicapai. Panglima Operasi Udara mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan STAFFEX yang julung kali diadakan.