MAJLIS PENUTUP SQUADRON OFFICER COURSE SIRI 96/22

1 2 3
4 5 6

 

SENDAYAN, 24 Mac 22 – Seramai 30 pegawai daripada pelbagai Cawangan dan Unit telah berjaya menamatkan Squadron Officer Course (SOC) Siri 96/22. Majlis Penutup kursus telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, YBhg Jen Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM di Dewan Banquet, Wisma Perwira PU Sendayan. Majlis ini turut disaksikan oleh Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Lt Jen Dato’ Mohd Shahada bin Ismail TUDM, Ketua Staf Markas Pemerintahan Pendidikan dan Latihan Udara, YBhg Brig Jen Abdul Halim bin Othman TUDM, Komander Pangkalan Udara Sendayan, Kol Ahmad Rashidi bin Ithnin TUDM dan Pegawai Memerintah INSKEP, Lt Kol Nasruddin bin Khalid TUDM.

Turut berlangsung semasa Majlis Penutup tersebut adalah pembentangan debat kajian kes oleh para peserta kursus yang bertajuk RMAF Towards Cyber Domain Warfare yang diselia oleh Lt Kol Nazaruddin bin Ahmad TUDM dari MTU-RISUD.

7 8 9
10 11 12

 

Kursus ini telah dilaksanakan selama 10 minggu mulai 10 Jan 22 hingga 24 Mac 22 di INSKEP, PU Sendayan, merangkumi modul General Service Training, Service Writing, Effective Communication Skill, Leadership, Management, Military Law, RMAF Air Warfare dan Program Kaya Budi. Penuntut Terbaik Keseluruhan bagi kursus ini telah dinobatkan kepada Kapt Muhammad Syafiq Syahmi bin Muhammad Suhaimi TUDM, Penuntut Akademik Terbaik dirangkul oleh Kapt Mohamad Syahmi bin Mohamad Ali TUDM dan Penuntut Pendebat Terbaik pula disandang oleh Kapt Mohd Shafik bin Zainal Abidin TUDM. Manakala Sindiket Terbaik adalah dari Sindiket Charlie yang diketuai oleh Kapt Mohd Yusrho bin Alias TUDM,

Tahniah diucapkan kepada semua penuntut kursus serta semua jurulatih dan tenaga pengajar yang terlibat dalam penganjuran Kursus SOC Siri 96/22.