SENDAYAN, 22 Mac 2021 – Seramai 30 pegawai berpangkat Kapt TUDM daripada pelbagai Cawang dari markas, pangkalan dan unit telah berjaya menamatkan ‘Squadron Officer Course’ (SOC) Siri 94/21. Penutup kursus telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM di Dewan Bankuet Wisma Perwira, PU Sendayan.
Kursus yang akan dilaksanakan selama 10 minggu bermula 11 Jan 2021 di INSKEP, Pangkalan Udara Sendayan ini merangkumi modul “General Service Training”, “Service Writing”, “Effective Communication Skill”, “Leadership”, “Management”, “Military Law” dan “RMAF Air Warfare”.
Turut berlangsung pembentangan debat kajian kes oleh para peserta kursus yang bertajuk "Effectiveness of Online Course in RMAF", yang turut disaksikan oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Ackbal bin Hj Abdul Samad TUDM; Panglima Pendidikan dan Latihan Udara, Mej Jen Mohd Shahada bin Ismail TUDM dan Pegawai Memerintah INSKEP, Lt Kol Nasruddin bin Khalid TUDM. Selain itu, sesi dialog bersama Panglima Tentera Udara turut dilaksanakan bagi perkongsian bersama dan percambahan fikiran serta pendapat.
Pada kursus ini, peserta kursus Terbaik Keseluruhan telah dinobatkan kepada Kapt Ahmad Azlan bin Kasiah TUDM. Akademik Terbaik telah dirangkul oleh Kapt Ahmad Izwan bin Che Ahmad TUDM. Manakala Sindiket Terbaik adalah dari Sindiket Bravo yang diketuai oleh Kapt Mohd Khairyl Hakimi bin Abd Malik TUDM. Pendebat Terbaik pula telah disandang oleh Kapt Rusli bin Abd Rahman TUDM.
Tahniah kepada semua peserta kursus serta semua jurulatih dan tenaga pengajar yang terlibat penganjuran Kursus Pegawai Skuadron (Squadron Officer Course) Siri 94/21.