MAJLIS PENGHARGAAN DAN PENGUMUMAN DEFENCE SERVICES ASIA (DSA) DAN NATIONAL SECURITY (NATSEC) 2024

1 2 3
4 5 6

 

KUALA LUMPUR, 31 Mac 22 - Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menhadiri Majlis Penghargaan dan Pengumuman Defence Services Asia (DSA) & National Security (NATSEC) 2024 selepas empat (4) hari berlangsung dengan jayanya di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Majlis ini telah disempurnakan oleh Menteri Kanan Pertahanan, YB Dato’ Seri Hishammuddin bin Tun Hussein.

DSA dan NATSEC Asia 2022 yang diiktiraf di peringkat global merupakan sebagai salah satu daripada lima pameran pertahanan dan keselamatan negara terbaik di dunia. Pameran pertahanan ini merupakan anjuran bersama yang dihoskan dan disokong oleh Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri serta Angkatan Tentera Malaysia. Program ini merupakan acara terbesar yang diadakan di Malaysia sejak pandemik Covid-19 melanda dunia. Walaupun ia tidak dibuka kepada orang ramai namun seramai 33,147 pengunjung perdagangan telah direkodkan setakat semalam, selain 350 delegasi VIP dan VVIP. Penganjuran pameran kali ini juga melibatkan lebih 1,000 syarikat yang mengambil bahagian dan lebih 20 Pavilion Antarabangsa.

Dalam ucapan Menteri Kanan Pertahanan, beliau turut mengumumkan bahawa rancangan sedang dijalankan untuk mempersiapkan edisi ke-18 bagi DSA 2024 yang dijadualkan pada 6 hingga 9 Mei 2024 di MITEC.

Turut hadir ke majlis ini adalah AKS Operasi dan Strategik, Mej Jen Dato' Zulkifli bin Hamid TUDM; Ketua Pengarah Sekretariat, Mej Jen Dato' Hanafiah bin Hj Abdul Manaf TUDM serta pegawai-pegawai Kanan tentera dan awam Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri serta delegasi luar dan dalam negara.