![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
SUBANG, 24 Jun 2025 – Panglima Operasi Udara, Lt Jen Dato’ Masro bin Kaliwon TUDM telah menyempurnakan majlis pemakaian pangkat kepada Pegawai MPOU bertempat di Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU) hari ini.
Pegawai yang dinaikkan pangkat ialah Lt Muhammad Rais bin Zakaria TUDM dan Lt Muhammad Nuradnin bin Abdul Rahim TUDM telah dinaikkan pangkat ke Kapt TUDM. Tahniah diucapkan dan semoga dapat menggalas tanggungjawab yang telah diberikan seiring dengan kehendak perkhidmatan. Turut hadir menyaksikan acara ialah Ketua-ketua Bahagian MPOU.