![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
KUALA LUMPUR, 9 Jan 24 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Kanan TUDM yang diadakan di Eagle Nest, Markas Tentera Udara, hari ini.
Dalam majlis ini menyaksikan Kol Ivan John Row TUDM telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Brigedier Jeneral TUDM dan memegang jawatan sebagai Pengarah Operasi Udara, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM). Selain itu, Lt Kol Mohd Izal bin Idris TUDM telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Kolonel TUDM dan memegang jawatan sebagai Pengarah Perisikan TUDM, Bahagian Perisikan TUDM dan Lt Kol Norazan bin Othman TUDM juga dinaikkan pangkat ke Pemangku Kolonel TUDM dan memegang jawatan sebagai Pengarah Projek Udara di MTU-Perancangan dan Pembangunan.
Turut hadir menyaksikan upacara ialah Timbalan Panglima Tentera Udara, Lt Jen Datuk Seri Hj Muhamad Norazlan bin Aris TUDM; Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM; Panglima Bantuan Udara, Mej Jen Masro bin Kaliwon TUDM serta beberapa pegawai-pegawai kanan TUDM yang lain.
Tahniah diucapkan kepada Brigedier Jeneral Ivan John Row TUDM, Konolel Mohd Izal bin Idris TUDM dan Kolonel Norazan bin Othman TUDM diatas kenaikan pangkat dan semoga terus kekal cemerlang di dalam melaksanakan tugas dan kepercayaan yang diamanahkan.