KUALA LUMPUR, 5 Feb 24 – Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri Mohd Asghar Khan bin Goriman Khan TUDM telah menyempurnakan pemakaian pangkat kepada lima (5) orang Pegawai Kanan TUDM yang diadakan di Eagle Nest, Markas Tentera Udara, hari ini.
Pemakain pangkat telah dimulakan dengan kenaikan pangkat Brig Jen TUDM ke Mejar Jen TUDM kepada Brig Jen Norli Hisham bin Alwi TUDM yang menyandang jawatan sebagai Ketua Staf Markas Pemerintahan Operasi Udara (MPOU).
Kemudian, tiga (3) orang Pegawai Kanan berpangkat Kol TUDM telah dinaikkan ke pangkat Pemangku Brigadier Jeneral TUDM. Pegawai Kanan tersebut adalah Kol Hasnan bin Kassim TUDM dan Kol Muhammad bin Abdullah TUDM yang memegang jawatan sebagai Inspektor Kemalangan Udara, Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di Kementerian Pengangkutan Putrajaya. Manakala seorang lagi Pegawai Kanan adalah Kol Hamdan bin Ahmad TUDM yang memegang jawatan sebagai Timbalan AKS Perkhidmatan Anggota (TAKSPA) di Markas ATM.
Seterusnya adalah Lt Kol Noorisma Eza bin Mat Isa TUDM yang telah dinaikkan pangkat ke Pemangku Kolonel TUDM dan memegang jawatan sebagai Pengarah Pengurusan Sumber Manusia di MTU-BSM.
Turut hadir bagi menyaksikan majlis ini ialah Panglima Operasi Udara, Lt Jen Datuk Mohd Shahada bin Ismail TUDM serta pegawai-pegawai kanan TUDM yang lain.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua Pegawai Kanan TUDM yang telah dinaikkan pangkat. Semoga dengan kenaikan pangkat ini akan mampu memberikan komitmen terbaik kepada perkhidmatan ATM amnya dan TUDM khususnya.